comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Guru, kakitangan sekolah ditahan, cabul 15 murid OKU

KUCHING: Seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid ditahan polis selepas disyaki mencabul 15 murid berkeperluan khas di dua buah sekolah di daerah Serian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, polis menerima 15 laporan berkaitan kes terbabit dengan 12 melibatkan pembantu pengurusan murid manakala tiga laporan lagi membabitkan guru penyelaras pengawas.

Katanya, 12 laporan membabitkan pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah pendidikan khas di Serian itu diterima pada 16 hingga 22 November lalu daripada 15 mangsa yang terdiri daripada murid berusia 10 hingga 14 tahun.

“Mangsa merupakan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) seperti masalah pembelajaran, fizikal dan autisme.

“Suspek telah ditangkap pada 17 November lalu dan masih dalam tahanan reman sehingga hari ini (24 November),”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sarawak di sini.

Dalam kes berasingan, polis menerima tiga laporan membabitkan seorang guru penyelaras pengawas yang disyaki mencabul tiga mangsa berusia 14 dan 15 tahun.

Laporan dibuat oleh ketiga-tiga mangsa pada 22 November 2023.

“Suspek telah ditahan pada 23 November iaitu semalam dan proses reman terhadap suspek akan dipohon hari ini,” katanya.

Kedua-dua kes terbabit disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

 

Loading...
Terkini