comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Dasar bapa durjana sanggup rogol anak 105 kali

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhir untuk mengurangkan hukuman seorang bapa atas kesalahan merogol anak tiri perempuannya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.

Ketika prosiding Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail menegaskan perbuatan dilakukan lelaki berusia 36 tahun itu terhadap mangsa yang baru berusia 12 tahun tidak boleh dimaafkan.

“Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali,” katanya.

Sebelum ini bapa tiri durjana itu dijatuhi hukuman penjara 42 tahun dan dikenakan 24 sebatan dan keputusan hari ini mengekalkan hukuman berkenaan yang disabitkan Mahkamah Tinggi Klang.

Keputusan sebulat suara itu dibuat bersama dua lagi hakim yang turut bersidang iatu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, pada 27 Januari 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap tertuduh, antara rekod hukuman penjara tertinggi bagi kesalahan merogol.

Hadhariah berkata, dalam kes terdahulu membabitkan bapa atau datuk yang merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, mahkamah memberikan hukuman maksimum 36 tahun kepada pesalah seksual itu.

“Mereka yang merogol anak sendiri tidak pernah takut dengan undang-undang, selepas kita letak dipenjara mereka kata sudah jadi orang baik,” katanya.

Lelaki itu didakwa atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020.

Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara selama 1,050 tahun dan 24 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah.

Hukuman penjara itu bagaimanapun mendapat pengurangan ketika rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang.

Loading...
Terkini