comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Dera seksual pelajar : Pengasas, warden tahfiz direman 4 hari  

 

Oleh Baharudin Mohamed 

MELAKA: Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak di sini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera secara seksual dan fizikal terhadap enam pelajar.

Perintah reman sehingga 16 Mei ini dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin ke atas suspek berusia 40 dan 36 tahun itu.

Pengasas pusat tahfiz sempat menunjukkan isyarat ‘okey’ kepada pemberita ketika dia diiringi anggota polis ke Bilik Reman Mahkamah.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan polis mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang juga adik-beradik warga Singapura ini dibawa ke  Kompleks Mahkamah Ayer Keroh jam 9.35 pagi.

Media melaporkan, mereka ditahan pada jam 1 dan 1.30 petang semalam susulan laporan polis dibuat enam mangsa berusia 13 hingga 15 tahun  di Balai Polis Batang Tiga, di sini kelmarin.

Difahamkan, pengasas terbabit sebelum ini pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii pada 2019 bagaimanapun, adiknya tidak mempunyai rekod lampau.

Loading...
Terkini