comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengasas DAP Meninggal Dunia

Mendiang Chen Man Hin dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pagi tadi.

PETALING JAYA : Pengasas DAP dan veteran politik, Chen Man Hin dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

Berusia 97 tahun, mendiang merupakan Pengerusi DAP sejak tahun 1966 sehingga 1999 dan dilantik sebagai penasihat seumur hidup parti selepas itu.

Mendiang pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban selama lima penggal sejak 1969.

Berita kematian mendiang disahkan Adun Pasir Pinji, Howard Lee kepada TV3.

Loading...
Terkini