comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Doktor swasta berdepan 10 pertuduhan palsukan sijil vaksin

 

MARANG: Seorang doktor yang juga pemilik klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang atas 10 pertuduhan memalsukan sijil vaksin, 2 tahun lalu.

Muhamad Reze Rashid, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Zur Azureen Zulkefli.

Tertuduh sebagai pengamal perubatan didakwa dengan sengaja dan dengan niat membuat catatan palsu tentang status penerimaan vaksinasi dalam sistem my-private vaksin.

Pendakwaan mengikut Seksyen 477A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh turut didakwa membuat dokumen palsu dengan secara fraud mengisi butiran di ruangan dos 1 pada kad peringatan vaksinasi.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 464 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukannya pada jam 7.45 malam antara 7 hingga 23 Disember 2021 di sebuah klinik di Ru Rendang, di Marang.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dan menetapkan 17 Januari depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah.

Tertuduh diwakili peguam Azahir Nasir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini