comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pukul isteri kedua, lelaki Myanmar didenda RM5,000

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah/ Zamri Ghani 

MARANG: Padah memukul isteri dengan penyapu dan telefon bimbit, seorang lelaki warga myammar didenda RM5,000 atau penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret  Zur Azureen Zainalkifli selepas tertuduh Muhamad Rafique Salim, 29 tahun, mengaku bersalah mengikut seksyen 324 kanun keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memukul kepala mangsa berusia 24 tahun merupakan isteri keduanya dengan telefon bimbit.

Tertuduh juga bertindak memukul lengan kiri mangsa dengan penyapu sehingga patah .

Kejadian berlaku dikampung Durian Guling, Marang pada 22 Disember lalu , jam 4.00 petang.

Denda terhadap tertuduh kemudian dibayar oleh mangsa.

Loading...
Terkini