comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Edar dadah: Buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan 

Tertuduh, Mohd Aduka Muhamad, 40, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 366.93 gram. -FOTO: NSTP

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat  366.93 gram 3 tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu di akhir pembelaan selepas tertuduh,  Mohd Aduka Muhamad, 40, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 366.93 gram .

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan di sebuah kampung di Pulau Kerengga, Marang, jam 9 malam pada 4 Mei 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 4 Mei 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris.

Manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini