comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Guru dituduh cabul murid perempuan dalam kelas

KOTA BHARU: Seorang guru lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun dua dalam kelas di sebuah sekolah.

Tertuduh, berusia 56 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun 11 bulan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah sekolah di Bachok, pada jam 7.40 pagi hingga 9.40 pagi pada April 2022.

Kes mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ia dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membenarkan ikat jamin RM12,000 dan sebutan semula kes 11 April depan.

Tertuduh bagaimanapun tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.

Loading...
Terkini