comscore
Tumpuan :
Nasional

3 termasuk seorang guru maut kemalangan babitkan dua kereta

Anggota bomba menggunakan rescue cutter bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

KOTA TINGGI: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta, di Felda Air Tawar 1, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan Perodua Myvi dan Proton Gen 2.

“Kenderaan Perodua Myvi dinaiki dua orang lelaki dewasa dimana salah seorangnya tersepit dalam kemalangan itu.

“Manakala Proton Gen 2 dinaiki seorang mangsa didapati turut tersepit. Kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadiaan oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya lagi, tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat BBP Kota Tinggi, dikejarkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan jam 6.49 pagi.

Anggota bomba menggunakan rescue cutter bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak polis.

Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

Identiti ketiga-tiga mangsa sedang dikenalpasti.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini