comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Guru Tahfiz mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual terhadap pelajar

JOHOR BAHRU: Seorang guru sebuah sekolah tahfiz di Benut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki.

Mohamad Hamzi Mohd Kasmadi, 27, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Situ Noraidi Sulaiman.

Dia yang juga bertugas sebagai warden asrama melakukan perbuatan itu terhadap seorang pelajar berumur 16 tahun dalam bilik asrama maahad tahfiz di Benut, Pontian pada Julai dan November tahun lepas dan Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan.

23 Julai ditetapkan tarikh sebutan semula kes.

Loading...
Terkini