comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Ibu pukul anak hingga lebam, dipenjara 8 bulan 

Foto: NSTP

MUAR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan terhadap seorang ibu yang memukul anak kandungnya hingga lebam 6 Jun lalu.

Nor Hazelinda Zaukafli mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Pekerja kedai makan berusia 36 tahun ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 326A kanun sama

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya berusia 16 tahun menggunakan tangan menyebabkan mangsa lebam di tangan kanan.

Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 malam, 6 Jun lalu di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berada di rumah bersama tertuduh sebelum dicederakan menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz pihaknya menahan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Ayer Hitam-Kluang, dekat Batu Pahat pada jam 2.30 pagi, 10 November lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira mangsa yang masih remaja serta demi kepentingan awam.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap 10 November.

Loading...
Terkini