comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kenapa tuntutan nusyuz itu dibuat sekarang – Puteri Sarah

Oleh Azib Zikry Abdul Halim

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini dilanda kemelut rumah tangga dengan bekas suaminya Syamsul Yusof, tampil dengan kenyataan balas rasmi berhubung permohonan nusyuz yang baru dikenakan ke atas dirinya, hari ini.

 

Dalam satu kenyataan balas atas tuntutan itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan nusyuz yang dibuat suaminya.

“Kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu.

“Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini,” katanya.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, ketika ditemui media pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menyatakan kekecewaannya terhadap isteri pertamanya yang didakwa curang dengan orang lain.

Namun, Puteri Sarah mengingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah dibawah Seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

“Mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.

“Saya berdoa dan berharap InshaAllah segala kebenaran akan ditunjukkan dan mohon didoakan segala urusan saya dipermudahkan. Doakan saya dan anak-anak untuk sentiasa kuat,” katanya lagi.

Loading...
Terkini