comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan bercerai tahun 2022 meningkat 43.1% – Jabatan Perangkaan

 

PETALING JAYA: Kadar perceraian di negara ini pada tahun 2022 meningkat 43.1% iaitu 62,890 berbanding tahun sebelumnya 43,936.

Ketua Perangkawan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu pada tahun 2022, kumpulan umur yang tinggi kadar penceraiannya adalah 35-39 tahun bagi pengantin lelaki, sementara pengantin perempuan di kumpulan umur 30-34 tahun.

Bilangan penceraian orang Islam tahun lalu juga meningkat 45.8 peratus dengan 46,138 penceraian berbanding tahun 2021 pada kadar 31,650, sementara penceraian bukan Islam pula meningkat 16,752 (2022) berbanding 12,286 (2021) iaitu meningkatan 36.4%.

Peningkatan kadar perceraian orang bukan Islam disebabkan oleh kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya.

“Tiga negeri yang merekodkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6%), Sabah (94.5%) dan Perlis (83.5%).

“Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam iaitu W.P. Putrajaya (500.0%) diikuti Johor (61.5%) dan Melaka (59.0%),” jelas Datuk Sri Dr. Mohd Uzir dalam satu kenyataan.

Selari dengan peningkatan bilangan perceraian, kadar perceraian am menunjukkan peningkatan bagi lelaki daripada 6.1 (2021) kepada 8.7 (2022) bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.

Trend yang sama juga direkodkan bagi perempuan, meningkat daripada 6.2 (2021) kepada 8.9 (2022) bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini