comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes ‘Hot Daddy’: Laporan forensik ambil masa disiapkan

 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini dimaklumkan, laporan forensik bagi kes ‘hot daddy’ dan dua wanita yang didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X, mengambil masa untuk disiapkan.

Laporan forensik itu antara beberapa dokumen kes  yang belum diserah kepada mahkamah.

Berikutan itu, hakim menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula  selepas Timbalan Pendakwaraya Nidzuwan Abd Latif memohon tarikh baru bagi penyerahan dokumen berkenaan.

Tertuduh Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli serta Norhidayah Mahadi dan Norshazrina Md Zamri didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Bukit Aman, jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini