comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000

Foto NSTP

MELAKA: Mrulnizam Abu Hanafi, 45, Mohd Fhairul Ariffin Shaharudin, 39, Muhammad Hafiz Rudi, 35, dan Syed Salim Syed Anuar mengaku bersalah atas pertuduhan itu di dua  mahkamah berasingan.Kesalahan itu didakwa berlaku 14 Ogos lalu di pesisir Pantai Klebang dan kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer Keroh, antara jam 12 tengah hari hingga jam 11 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim danN Sivashangari.

Tertuduh, Mohd Taufiq, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam diwakili peguam Omar Zulkarnain manakala Datuk Hanif Hassan mewakili Muhammad Hafiz dan Syed Salim.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Mohd Taufiq, Fairul dan Shahrul Nizam bagi setiap PATI dibawa atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Dalam prosiding berasingan, Hakim Dharmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap  Syed Salim dan Muhammad Hafiz bagi setiap PATI atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Loading...
Terkini