comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu e-hailing memeriksa mesej, dia terlanggar penunggang basikal – Polis

PUTRAJAYA: Polis hari ini mengesahkan insiden dua penunggang basikal dilanggar sebuah kenderaan yang tular, melibatkan pemandu e-hailing yang berlaku pada 27 Ogos di Jalan Dengkil/Kota Warisan dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata pemandu e-hailing dan seorang penunggang basikal terlibat telah membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut dan dirakamkan percakapan, manakala seorang lagi penunggang basikal belum membuat laporan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi, pemandu e-hailing itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang memeriksa mesej yang diterima dari aplikasi e-hailing di telefon bimbit.

“Semasa pemandu e-hailing itu memeriksa mesej tersebut, dia terlanggar belakang seorang daripada penunggang basikal tersebut hingga terlanggar seorang lagi penunggang basikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat perlanggaran itu, kenderaan pemandu tersebut mengalami kerosakan di bahagian bamper dan bonet hadapan, manakala kerosakan yang dialami penunggang basikal di bahagian tayar dan rim belakang.

Beliau berkata kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. — BERNAMA

Loading...
Terkini