comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Mekanik didakwa edar ganja seberat 63kg

 

BATU PAHAT: Seorang mekanik didakwa di mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.12 kilogram Mac lalu.

Tertuduh, Mohd Borhan Saim 37 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Mac lalu kira-kira jam 8.30 malam di tepi jalan di Kampung Parit Selamat, Mukim 7, Yong Peng.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 39-B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39-B (2) akta yang sama.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan kimia.

Loading...
Terkini