comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pemandu lori direman kes kematian 3 beranak

AYER KEROH : Seorang pemandu lori direman tiga hari bagi membantu siasatan kes kematian tiga beranak dalam kemalangan di kIlometer 216 , lebuh raya utara selatan PLUS, arah utara berhampiran plaza tol simpang ampat di Alor Gajah, Melaka, semalam.

Perintah reman sehingga Isnin ini dikeluarkan penolong pendaftar mahkamah Syarina Shaarani @ Tan di kompleks mahkamah Ayer Keroh.

Perintah reman dikeluarkan selepas mendapat permohonan polis bagi menjalankan siasatan mengikut seksyen 41 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan denda 20 ribu ringgit.

Dalam kejadian semalam, tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kereta mereka merempuh sebuah lori dipercayai diletakkan di lorong paling kanan lebuhraya.

Ketiga-tiga mangsa Muhammad Nazirul Syafiq Azmi dan Zubaidah Abd Rajak, masing-masing 28 tahun dan bayi Muhammad Rizqi, setahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas jam 11 pagi. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini