comscore
Tumpuan :
Nasional

Lori terbabas, tiga pekerja cedera 

MELAKA: Tiga pekerja syarikat penyelenggaraan lebuh raya cedera termasuk seorang parah apabila lori dinaiki merempuh besi pembahagian jalan di Kilometer (KM) 184.6 (arah selatan) Lebuhraya Utara-Selatan di Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam nahas 8 pagi tadi, semua mangsa dalam perjalanan pulang selepas membantu kes kemalangan di KM 189.2 lebuh raya sama.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori dipandu lelaki, 45, dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Tangkak, Johor.

“Setiba di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan sebelah kiri.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu cedera di muka dan kaki manakala penumpang berusia 26 tahun parah di kaki dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

“Seorang lagi penumpang berusia 24 tahun cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini