comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pempengaruh mengaku tidak bersalah curi telefon bekas kekasih 

GEORGETOWN: Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri telefon bimbit milik bekas teman lelakinya, April lalu.

Pertuduhan terhadap wanita ini yang juga seorang pempengaruh Sarah Leo Ee May, 33, dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Dia didakwa mencuri telefon bimbit bernilai RM2,000 dalam kenderaan di lot parkir hospital, 26 April lalu.

Sarah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya Darrshini manakala tertuduh diwakili peguam Cha Eng Soon.

Ketika prosiding, Darrsini memohon mahkamah mengenakan jaminan wang berjumlah RM7,000 kepada tertuduh.Eng Soon kemudiannya memohon kadar minimum memandangkan wang jaminan adalah untuk menjamin kehadiran anak guamnya ke mahkamah dan bukannya bertujuan menghukum tertuduh.

Beliau turut menjelaskan kes membabitkan tertuduh berlaku akibat perselisihan faham antara bekas teman lelakinya yang juga seorang ahli perniagaan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini