comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pendengaran rayuan Siti Bainun ditangguh 30 Januari

KUALA LUMPUR: Pendengaran rayuan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Razali berhubung hukuman penjara 12 tahun.. kerana mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella ditangguhkan kepada 30 Januari depan.

Tarikh baharu itu ditetapkan, kerana peguam Haijan Omar yang mewakili Siti Bainun memaklumkan, terdapat nota keterangan daripada saksi pembelaan kelapan yang belum lengkap.

Pada 3 Mei lalu, mahkamah sesyen memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan, selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara, kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan, sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini