comscore
Tumpuan :
Nasional

Bainun semakin kurus, berat badan turun 60kg

KUALA LUMPUR: Kehadiran Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi di sini hari ini juga menarik perhatian ramai apabila susuk tubuhnya semakin susut.

Difahamkan, berat badan wanita berusia 31 tahun itu mencecah 150 kilogram ketika dipenjarakan, 3 Mei lalu.

Namun kini beratnya menyusut kepada 90 kg sahaja.

Ini bermakna, Bainun yang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella, mengalami penurunan berat badan sebanyak 60 kg dalam masa enam bulan.

Mengenakan jubah merah jambu hari ini ketika dibawa ke mahkamah, ketika disapa media sama ada dia sihat atau tidak, Siti Bainun hanya mengangguk sambil tersenyum.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini