comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pengasuh tular dera kanak-kanak mengaku bersalah, dipenjara 12 bulan

 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap pengasuh wanita yang tular kerana memukul kanak-kanak di sebuah taska, baru-baru ini.

Keputusan dibuat Hakim Amir Syah Amir Hassan selepas Melona Eva Ezwa Musah, 27, mengaku bersalah terhadap tuduhan menganiayai kanak-kanak lelaki berumur empat tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda RM10,000.

Dia turut dikenakan  bon berkelakuan baik  selama dua tahun.

Melona Eva Ezwa Musah, 27, yang dituduh mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini. – Foto : NSTP

Melona Eva Ezwa didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 9 pagi hingga 10 pagi, 8 Ogos lalu di sebuah taska di Penampang.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama mengikut Seksyen 31 (2) akta sama.

Peguam Hairul Vaiyron Othman yang mewakili tertuduh sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman ringan, dengan mengambil kira anak guamnya sudah ‘dihukum’ apabila berada dalam kemurungan dan menghadapi penghinaan selepas video perbuatannya tersebar di media sosial.

Artikel berkaitan : Bapa tidak sanggup tengok video anak didera

“Dengan mengaku bersalah juga, tertuduh telah menyelesaikan kes itu seterusnya boleh menjaga kedua ibu bapanya dan jika hukuman lebih berat dikenakan, ini telah ‘mengalahkan’ tujuan itu.

“Mitigasi ini bukan bermaksud yang tertuduh tidak bertanggungjawab atas kesalahannya, tetapi hanyalah untuk dia diberi peluang kedua,” katanya yang memberitahu kes itu juga sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Artikel berkaitan : Kes budak didera di taska: Video pengasuh kena pukul tular

Loading...
Terkini