comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pertuduhan kes bunuh Bella: Kompleks Mahkamah Batu Pahat penuh dengan orang ramai

BATU PAHAT: Perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat di sini, dipenuhi orang ramai yang hadir bagi melihat perkembangan terkini sebutan semula kes pembunuhan Bella.

Ketika ini, mahkamah dipenuhi ahli keluarga Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, yang menanti seawal jam 8 pagi.

Manakala tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, tiba di mahkamah sekitar jam 8.10 pagi dengan kawalan ketat pasukan polis.

Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah ibu kepada arwah Bella, Noraini Salleh, 55, kakak Norhisham, 36, dan juga bapa saudaranya Nor Azhar Jamil, 55.

Kelihatan juga keluarga kepada Mohammad Haikal yang hadir sama untuk sebutan semula kes terbabit.

Mohammad Haikal dihadapkan ke mahkamah sebelum ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bekas posmen itu ditahan pada 19 Disember lalu sebelum didakwa atas kesalahan membunuh Bella yang juga teman wanitanya.

Sebelum penemuan rangka tidak sempurna di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, polis menahan teman lelaki Bella sejurus tiba daripada menunaikan umrah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini