comscore
Tumpuan :
Nasional

Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella

Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32 yang juga ibu tunggal kepada dua anak usia dua dan empat tahun yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

JOHOR BAHRU: Hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada rangka manusia tidak lengkap yang ditemui di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu, disahkan milik Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan berkata laporan DNA mendapati ianya sepadan secara biologi dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Menurutnya lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan tuduh ke atas salah seorang suspek yang masih ditahan reman.

Ahli keluarga Bella meninjau lokasi penemuan rangka di rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, petang Jumaat lalu. – FOTO: NSTP

Bella yang mempunyai dua anak usia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun pada 14 Disember tahun lalu.

Termasuk teman lelakinya itu, mereka yang masih dalam tahanan reman itu ialah bapa saudara kepada teman lelaki Bella dan seorang lelaki lain.

Lokasi mayat Bella dipercayai ditemukan.

Mengikut laporan awal, salah seorang daripada suspek itu sendiri yang menunjukkan kepada polis tempat mayat Bella disembunyikan.

Tempoh tahanan reman ke atas ketiga-tiga suspek tamat pada 27 Januari ini.

Tambah Ismail, pihak polis sudah menghubungi keluarga Bella bagi memaklumkan bahawa mereka sudah dibenarkan untuk menuntut mayat Bella di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini