comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pesawah minta bicara kes dera anak tiri

 

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Seorang pesawah yang dituduh menganiaya anak tiri berusia 6 tahun dengan menyebabkan kecederaan fizikal dihadap ke Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Muhammad Sofi Ramli, 34, bagaimanapun minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu dilakukan antara 8 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Alor Lancang Jejawi, Arau.

Kesalahan didakwa mengikut seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong manakala tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong Jun Keong meminta mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin serta larangan untuk tidak mendekati mangsa sepanjang tempoh jaminan.

Namun peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim  merayu  jaminan  minimum memandangkan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja bersama tiga anak masih bersekolah.

Hakim membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat.

Tertuduh juga dilarang sama sekali mendekati mangsa selama tempoh jaminan.

Mangsa kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebutan semula kes 3 Mei depan.

 

Loading...
Terkini