comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Pemandu bas kilang, teman wanita hadapi tuduhan abai, cedera kanak-kanak 7 tahun

 

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu bas kilang dan teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 2 pertuduhan mengabai dan mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah bagi tuduhan pertama iaitu mengabaikan kanak-kanak itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kekurangan zat makanan.

Bagaimanapun, mereka meminta dibicarakan bagi tuduhan kedua iaitu mencederakan kanak-kanak itu hingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tangan kanan mangsa.

R. Thayalan, yang juga bapa kandung mangsa dan teman wanitanya K. Mageswari berdepan 2 pertuduhan mengabai dan mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 7 tahun.

R. Thayalan, 37 yang juga bapa kandung mangsa dan teman wanitanya K. Mageswari, 39 didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, Johor Bahru antara Julai lalu hingga 12 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31,(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat dilarang mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam ditetapkan pada 21 November depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Umar Faiz Kohar dan S. Thiviya.

Budak berusia 7 tahun yang menjadi mangsa dera di Pulai, Johor.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki mangsa dera ditemukan dalam keadaan berbogel dan dikurung dalam tandas ketika diselamatkan di sebuah flet di Pulai.

Mangsa mendakwa sering menahan sakit akibat dipukul, selain dicucuh api oleh teman wanita bapanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini