comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Petani tidak mengaku bersalah rogol anak tiri 11 tahun

KUALA KANGSAR: Seorang petani mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 11 tahun minggu lalu.

Tertuduh membuat pengakuan dihadapan hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu melakukan perbuatan itu di dalam pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik dalam daerah Hulu Perak kira-kira jam 3 petang 3 Oktober lalu.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun namun tidak melebihi 30 tahun dan sebatan yang tidak kurang daripada 10 sebatan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan berikutan mangsa kes itu merupakan anak tiri tertuduh.

Hakim menetapkan 15 November depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes sementara proses lantikan peguam tertuduh dan juga laporan perubatan mangsa yang ketika ini masih lagi dirawat di Hospital Taiping.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini