comscore
Tumpuan :
Jenayah

Lelaki rogol anak tiri 11 tahun ditahan

Foto hiasan

GERIK: Seorang lelaki yang juga petani ditahan polis selepas disyaki merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perbuatan suspek berusia 41 tahun terbongkar selepas mangsa membuat laporan pada 12.30 tengah hari Khamis.

Katanya, suspek kemudian ditahan pada hari sama laporan dibuat dan kini direman tujuh hari hingga Khamis ini.

“Sebelum itu, guru kaunseling sekolah mangsa dimaklumkan oleh mangsa bahawa kejadian itu berlaku sejak kanak-kanak itu berumur 9 tahun.

“Siasatan awal mendapati kali terakhir suspek merogol anak tirinya di pondok dalam kebun di Air Ganda pada 3 petang Selasa lalu.

“Mangsa sudah dibawa menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Taiping dan terdapat dua kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini