comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Syed Saddiq bersalah atas pertuduhan subahat, pecah amanah, pengubahan wang haram babit dana ARMADA

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didapati bersalah atas kesemua empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keputusan itu dibuat Datuk Azhar Abdul Hamid selepas pembelaannya gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Syed Saddiq kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Bagaimanapun suasana bertukar hiba apabila Syed Saddiq berpelukan dengan ibu bapanya, ketika sesi ditangguhkan sebelum hakim menetapkan hukuman.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun bank Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.

Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun bank miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Laporan lanjut menyusul.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini