comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tiada merit, mahkamah tolak permohonan Najib gantung prosiding kes 1MDB 

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggantung prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk SM Komathy Suppiah, sebulat suara menolak permohonan Najib selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.

Hadhariah ketika membacakan keputusan panel hakim, berkata mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan (responden) bahawa tiada keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah membenarkan prosiding kes itu digantung.

Najib memohon untuk menggantung prosiding berkenaan sementara rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan supaya Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes 1MDB diputuskan Mahkamah Rayuan.

Najib memohon Sequerah menarik diri atas alasan berlakunya konflik kepentingan susulan pendedahan hakim berkenaan bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan pernah menjadi rakan kongsi di firma Zain & Co ketika menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Loading...
Terkini