comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis kenal pasti seorang lagi individu ada kaitan dengan aset 1MDB

 

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap bekas pengurus bank Goldmans Sachs, Roger Ng membantu polis mengenal pasti seorang lagi individu di luar negara yang dikaitkan dengan aset 1 Malaysia Development Bhd, 1MDB.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,nilai aset dimiliki individu terbaharu itu dianggar membabitkan jutaan ringgit.

“Ada juga individu-individu yang perlu diperiksa dengan lebih halus yang mendapat proxy daripada 1MDB ini yang sedang disiasat dia tidak semestinya di sini di Malaysia ini ia boleh berada di luar negara juga.Penjejakan aset-aset berkenaan tidak semestinya melibatkan Roger sebaliknya terdapat individu lain lagi dikenal pasti mempunyai kaitan pemilikan dana 1MDB itu”,katanya.

Identiti individu itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ramli berkata, siasatan terhadap Roger masih diteruskan dan tumpuan akan diberikan kepada pemulihan aset berkenaan.

Roger juga masih lagi dalam tahanan polis.

10 Oktober lalu, siasatan terhadap Roger memfokus kepada modus operandi berkaitan penjualan bon dipercayai dana 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti aset dimiliki Roger dipercayai daripada dana 1MDB.

Soal siasat terhadap lelaki itu juga diyakini akan membawa kepada maklumat berkaitan penglibatan suspek lain termasuk suspek utama Low Taek Jho atau Jho Low.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini