comscore
Tumpuan :
Nasional

12 mangsa nahas masih dirawat hospital

Keadaan bas yang terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi. Empat mangsa disahkan terkorban setakat ini.

Oleh: Fazli Ahmad

MUADAZAM SHAH: Dua belas lagi mangsa nahas kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan – Segamat masih dirawat di hospital dan dua mangsa dilaporkan kritikal.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof berkata, mangsa membabitkan lapan guru, dua kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka, seorang suri rumah serta seorang pelajar.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Nor Azman Yusof.

Dua mangsa parah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,  manakala 10 lagi dirawat di hospital Muadzam, Hospital Segamat, Johor dan pusat perubatan swasta.

Dalam kejadian awal pagi semalam, bas persiaran dinaiki 39 orang dan dua pemandu terbabas serta merempuh treler di Jalanan Kuantan-Segamat, di sini sebelum terbalik.

Akibat nahas itu, empat mangsa termasuk dua guru sekolah terbabit, Hasnatul Adilah Hassan, 48 terbunuh di tempat kejadian dan Dahlia Ahmad, 52, menghembus nafas terakhir jam 9.30 malam tadi, ketika dirawat di HTAA.

Kemalangan berlaku ketika bas membawa 21 guru SK Jeram dalam perjalanan dari Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini