comscore
Tumpuan :
Nasional

 10 pokok tumbang akibat hujan lebat 

Anggota bomba memotong pokok yang tumbang menimpa kenderaan di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, petang tadi. – Foto ihsan Bomba Sungai Buloh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara, akibat hujan lebat, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kuala Lumpur memaklumkan hujan lebat dan angin kencang yang bermula jam 5.15 petang itu menyebabkan banyak pokok tumbang.

Anggota bomba memotong pokok yang tumbang menimpa kenderaan di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, petang tadi. – Foto ihsan Bomba Sungai Buloh

“Antara lokasi kejadian yang dilaporkan adalah di Jalan 2/61, Bukit Segambut; Jalan 19/62B, Bandar Manjalara; Jalan Bukit Maluri 9, Taman Bukit Maluri; Jalan Udang Kapas, Taman Sri Segambut dan Taman Megah, Kepong.

“Kejadian pokok tumbang turut dikesan berlaku di Jalan 14/38C, Taman Sri Kepong; Jalan 2/62, Bandar Manjalara; Taman Petaling Garden, Kepong Baru; Jalan 1, Taman Kepong dan Jalan Ismail Ghaney berhampiran Jalan Kasipillay,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sebanyak 10 jentera bomba dikejarkan ke semua lokasi sejurus kejadian berlaku bermula jam 5.20 petang hingga jam 7.30 malam ini.

Anggota bomba memotong pokok yang tumbang menimpa kenderaan di Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, petang tadi. – Foto ihsan Bomba Sungai Buloh

“Dalam kejadian ini, pegawai dan anggota bomba terbabit dalam operasi memotong pokok yang menghalang lalu-lintas dan menghempap kenderaan.

“Dalam kejadian di Jalan 19/62B Bandar Manjalara, pokok yang tumbang menghempap sebuah kereta, namun pemandu dan penumpangnya terselamat,” katanya.

Antara Balai Bomba Penyelamat (BBP) terbabit dalam operasi adalah BBP Sri Hartamas, BBP Taman Tun Dr Ismail; BBP Sentul dan BBP Jinjang.

Loading...
Terkini