comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat beli belah di Seremban terbakar 

SEREMBAN: Sebuah pusat membeli belah ‘ikonik’ berusia hampir 27 tahun di sini, terbakar, malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, kebakaran berpunca daripada sistem pendawaian telekomunikasi yang terletak berhampiran kaunter tiket panggung wayang di tingkat atas bangunan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.37 malam.

Ketika kejadian, terdapat pekerja dan pengunjung sedang menonton wayang  dan diarah segera mengosongkan premis.

”Semasa anggota sampai anggota telah menggunakan sistem keselamatan kebakaran di dalam banggunan hose reel di samping itu jugak sistem menentang kebakaran ‘sprinkler’ dalam banggunan ni telah berfungsi dengan baik jadi dengan sistem yang ada serta tindakan pantas anggota kita dapat mengawal api ni dari merebak ke tempat tempat lain terutamanya  panggung wayang,” jelasnya.

Ujar beliau, pihaknya mengambil masa kira kira 15 minit bagi mengawal api daripada terus merebak ke premis bersebelahan.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Punca serta jumlah kerugian masih disiasat.

Loading...
Terkini