comscore
Tumpuan :
Nasional

12 kontena rumah kongsi pekerja binaan terbakar

PETALING JAYA : 12 buah kontena yang dijadikan rumah kongsi pekerja binaan di Bandar Putra Permai, Serdang, musnah dalam kebakaran petang ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 petang dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Tiga buah jentera bersama 26 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Cyberjaya dan Puchong segera dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.46 petang.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran masih disiasat.

Loading...
Terkini