comscore
Tumpuan :
Nasional

Kontena tercampak bawah jejambat SKVE, seorang maut

KLANG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas lori kontena yang dinaiki terbabas di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat susur keluar Tol Pulau Indah, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada jam 10.51 pagi.

Katanya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena terbabas melanggar pembahagi jalan dan bahagian kontena belakang terjatuh ke bawah jejambat (flyover).

“Terdapat seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi cedera selepas tercampak ke bawah jejambat.

“Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini