comscore
Tumpuan :
Nasional

169 individu terima pingat sempena Keputeraan Sultan Selangor ke-78

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat mengurniakan pingat kepada 169 penerima pada upacara di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini. FOTO: Selangor Royal Office / Facebook

SHAH ALAM: Seramai 169 individu dari tujuh daerah dikurniakan pingat dalam Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-78 hari ini.

Kesemua penerima pingat itu dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat mengurniakan pingat pada upacara di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini yang diadakan dua hari bermula semalam.

Seramai 24 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) dan 15 individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.).

Seramai 114 individu pula menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) manakala 16 penerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.) kerana telah berkhidmat sebagai petugas kerajaan negeri lebih 20 tahun.

Keempat-empat pingat itu tidak membawa sebarang gelaran.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini