comscore
Tumpuan :
Nasional

18 projek PR1MA dikategorikan projek sakit

Foto hiasan

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti 18 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang sedang dibina di seluruh negara dikategorikan sebagai projek sakit atau bermasalah.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pasukan khas yang diwujudkan menyasarkan 10 daripada projek sakit itu dapat diselesaikan dalam tempoh setahun.

“Tetapi ini bergantung kepada situasi atau keadaan semasa termasuk soal tenaga kerja, termasuk kelulusan di peringkat Kerajaan Tempatan mahupun daripada utiliti dari segi komitmen mereka.”

“Memang berlaku proses pembetulan untuk keadaan PR1MA selepas mendapat rekomendasi dari Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang mana terdapat banyak projek yang tidak dapat dilaksanakan.” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir mengenai jumlah projek PR1MA terbengkalai di seluruh negara dan kriteria tanah yang dipilih untuk pelaksanaan projek itu, di Dewan Rakyat, tadi.

Kementerian bukan sahaja memantau rapi rumah lewat, sakit dan terbengkalai yang dibina atau diusahakan agensi atau syarikat berkaitan kerajaan tetapi juga projek perumahan swasta.

Sementara itu, mengenai inisiatif untuk membantu pembeli rumah pertama khususnya golongan B40.

Beliau berkata, antara langkah diambil adalah bekerjasama dengan kementerian kewangan dengan melancarkan pembiayaan perumahan malaysia (i-biaya).

Inisiatif membolehkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi.

Loading...
Terkini