comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PR1MA cadang bekerjasama dengan Masdar bangunkan kediaman mampan 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: PR1MA Corporation Malaysia (PR1MA) mengemukakan kertas cadangan kepada Abu Dhabi Future Energy Company (Masdar), satu daripada syarikat tenaga boleh baharu terkemuka di dunia, mengenai hasrat untuk bekerjasama dalam meningkatkan kemampanan komuniti dan kediaman PR1MA.

Kertas cadangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Perbadanan PR1MA Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff kepada Presiden Pengarah Masdar Indonesia Fatima Al Madhloum Al Suwaidi dalam satu majlis di Dubai baru-baru ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PR1MA dalam kenyataan hari ini memaklumkan cadangan itu menggariskan hasrat untuk meneroka kerjasama dengan tujuan mengintegrasikan teknologi tenaga bersih termaju Masdar ke dalam komuniti dan pembangunan PR1MA.

“PR1MA dan Masdar boleh meneroka pembangunan dasar dan rangka kerja yang menyelaraskan daya maju komersial dengan tanggungjawab ekologi bagi manfaat rakyat Malaysia, khususnya penduduk di pembangunan PR1MA.

“Perkongsian yang dicadangkan itu akan melihat kepada membangunkan keupayaan PR1MA untuk memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan tenaga bersih dalam komuniti dan pembangunan PR1MA.

“Selain objektif alam sekitar dan sosial, PR1MA dan Masdar mungkin melihat ke arah membangunkan pembangunan pintar dan projek ESG yang mampan dan berdaya maju dari segi ekonomi,” menurut kenyataan itu.

Loading...
Terkini