comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 20 pelajar tahfiz selamat, asrama musnah terbakar

KUALA LANGAT: Seramai 20 pelajar lelaki terselamat dalam kebakaran membabitkan asrama sekolah tahfiz di Kampung Medan, Teluk Panglima Garang dekat sini, awal pagi tadi.

Kesemua pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata kebakaran memusnahkan 70 peratus bangunan asrama tahfiz berkenaan.

Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 12.03 tengah malam dan 18 anggota termasuk pegawai digerakkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran dipadamkan jam 12.54 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama lelaki berkeluasan 1,400 kaki persegi, jenis bangunan struktur terbuka kelas A dan tidak melibatkan mangsa.

“Semasa kejadian terdapat 20 penghuni di asrama itu bagaimanapun mereka berjaya menyelamatkan diri masing-masing dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini