comscore
Tumpuan :
Nasional

22 penumpang berdepan detik cemas, bas ekspres terbabas dalam parit

TELUK INTAN : 22 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di jalan Kuala Sungai Manik, Teluk Intan, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.22 pagi.

Foto Ihsan JBPM

 

Bas yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak itu telah melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam parit.

Kejadian itu menyebabkan pemandu bas berkenaan mengalami kecederaan.

Manakala kesemua 22 penumpang tidak mengalami kecederaan dan dapat keluar dengan sendiri dari bas berkenaan.

Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada kakitangan kesihatan untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini