comscore
Tumpuan :
Sukan

Hakim Danish terbabas, Danial Syahmi hampir kutip mata di Assen

Oleh : Fariz Zolkarnain

Assen: Dua pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli dan Danial Syahmi Ahmad Shahril terlepas mata selepas masing-masing tidak bernasib baik pada perlumbaan kedua Piala Red Bull Rookies 2023 di Litar Assen, Belanda.

Hakim Danish 15 tahun hampir mengutip mata namun terbabas ketika saingan berbaki 4 pusingan lagi.

“Perlumbaan 2 tidak bagus buat saya. Saya terjatuh dengan berbaki 4 pusingan. Sewaktu perlumbaan, saya memberi tekanan di kelompok hadapan dan memberikan saingan yang sengit. Saya berasa yakin dan selesa dengan jentera. Namun tidak begitu bernasib baik apabila saya terjatuh dan tidak dapat menamatkan perlumbaan.

Terima kasih semua yang menyokong. Saya akan fight lagi di pusingan berikutnya di Red Bull Ring, Austria,” katanya.

Sementara itu Danial Syahmi terpaksa akur apabila menamatkan saingan di tempat ke-16.

“Hari ini perlumbaan yang amat sukar buat saya. Pada permulaan saya mendapat start yang baik namun ada pelumba missed gear dan membuatkan saya terpaksa perlahan untuk mengelak daripada terlanggar pelumba itu.

Saya menamatkan perlumbaan di P16 dan saya akan berusaha lagi untuk perlumbaan berikutnya,” jelas pelumba berusia 20 tahun itu.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Angel Piqueras sekali gus yang ketujuh buatnya musim ini dan layak untuk merangkul Piala Red Bull Rookies 2023.

Senarai mata keseluruhan, Hakim Danish dengan 67 mata di tempat kesembilan manakala Danial Syahmi di tempat ke-16 dengan 30 mata.

Loading...
Terkini