comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 kilang terbakar di Batu Caves, seorang melecur

Kebakaran membabitkan tiga kilang di Jalan Perusahan 2, Kawasan Perusahan Batu Caves, pagi tadi. FOTO: Ihsan Polis

BATU CAVES: Tiga kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Perusahaan Batu Caves, di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata,
api bermula di kilang cat sebelum  merebak ke kilang berhampiran.

“Kilang cat musnah hampir 90 peratus, kilang alat ganti musnah 20 peratus dan kilang pembungkusan musnah 20 peratus.

@buletintv3 Sebuah kilang dipercayai mengeluarkan produk PVC di kawasan perindustrian Batu Caves terbakar dalam kejadian tengah hari pada Rabu. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #Kebakaran #BatuCaves ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

“Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan seorang mangsa melecur di bahagian tangan,” katanya.

Terdahulunya, pihaknya menerima laporan berkenaan kebakaran itu kira-kira jam 11.49 pagi.

“Sejurus menerima laporan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bantuan turut diterima daripada BBP Wangsa Maju, Rawang, Damansara, Sungai Buloh, Hang Tuah dan Ampang dalam usaha mempercepat proses memadam kebakaran membabitkan tiga kilang.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 1 petang,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini