comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 stesen LRT alami gangguan bekalan kuasa akibat disambar petir


KUALA LUMPUR: Tiga Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya mengalami gangguan bekalan kuasa akibat disambar petir, menyebabkan kekerapan perkhidmatan tren terhad.

Menurut Rapid KL melalui Facebooknya, tiga stesen berkenaan ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia dan Taman Jaya.

“Pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa dengan kekerapan yang terhad,” menurutnya.

Pada masa sama menurut Rapid KL, pengguna boleh menggunakan laluan rel altenatif membabitkan LRT KL Sentral kepada MRT Muzium Negara dan Monorel KL Sentral.

“LRT Dang Wangi kepada Monorel Bukit Nanas; LRT KLCC kepada MRT Persiaran KLCC; LRT Ampang Park kepada MRT Ampang Park.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini