comscore
Tumpuan :
Nasional

30 bas ulang alik disediakan sepanjang masa di KLIA – MAHB

Foto Facebook Malaysia Airports

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Keselesaan dan keselamatan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sentiasa diutamakan, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Kenyataan MAHB memaklumkan perkhidmatan aerotrain telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja penggantian.

Justeru pihaknya menyediakan 30 bas perkhidmatan ulang alik sepanjang masa di KLIA supaya penumpang tidak perlu menunggu dan memastikan perjalanan mereka lancar .

“Kami ingin mengingatkan semua penumpang yang menggunakan KLIA bahawa aerotrain telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja penggantian .

“Keselamatan penumpang semasa menggunakan bas adalah keutamaan yang tinggi bagi kami dan kami bersungguh-sungguh memastikan SOP keselamatan kenderaan dipatuhi dengan ketat”, katanya.

Terdahulu media hari ini melaporkan, Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook mendakwa imej negara sebagai negara maju terpadam apabila melihat pelancong bersesak ibarat sardin dalam bas perantara disediakan.

Berikutan itu, beliau meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sekali lagi ‘menyerbu’ KLIA untuk meninjau perkhidmatan buruk yang dialami pengunjung di pintu masuk negara.

Loading...
Terkini