comscore
Tumpuan :
Nasional

30 buah kereta mini kanak-kanak musnah dalam kebakaran

Sebahagian 30 buah kereta mini mainan kanak-kanak yang musnah dalam kebakaran berhampiran Hotel Samila, Kampung Baru di Alor Setar awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan BBP Alor Setar.

ALOR SETAR: Sebanyak 30 buah kereta mainan yang diletakkan berhampiran Hotel Samila, Kampung Baru, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi hari ini.

Kesemua kereta mini itu menjadi tumpuan kanak-kanak untuk bermain pada setiap malam terutama hujung minggu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 3.50 pagi tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Md Esa bersama 12 anggota dan sebuah jentera, sebuah EMRS dan dua buah motosikal RIM tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan 30 buah kereta mainan di kawasan itu. Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan berada di lokasi kejadian ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini