comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bangunan MOTAC di Putrajaya terima ancaman bom

PUTRAJAYA: Bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini didakwa menerima ancaman bom.

Mengikut laporan, ancaman itu tertumpu di tingkat 14 bangunan itu.

Tinjauan oleh wakil kami di Putrajaya mendapati kakitangan dan pelawat diarahkan mengosongkan bangunan itu mulai jam 4.30 petang tadi.

Kejadian berlaku selepas kakitangan kementerian itu dikatakan menjumpai satu bungkusan mencurigakan dan mirip bom.

NST dalam laporannya pula menyebut Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya sudah dimaklumkan berkenaan perkara itu dan anggota merekanya sudah pun berada di lokasi.

Difahamkan, anggota dari Unit Pemusnah Bom turut hadir.

Laporan lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini