comscore
Tumpuan :
Nasional

4 kawasan kekal cuaca panas tahap satu

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Dua daerah di Kelantan serta satu masing-masing di Pahang dan Johor terus mencatatkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam laporannya menyebut empat lokaliti itu adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Rompin dan Muar.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian mencecah 35 C untuk tiga hari berturut-turut.

“Penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka,” katanya.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh melayari https://www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca.

Loading...
Terkini