comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ribut petir di beberapa negeri sehingga malam ini


KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di Kedah dan Pulau Pinang pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan berkata, hujan pula dijangka melanda beberapa tempat di Perak.

Katanya, tiada hujan di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Sabah hujan dijangka melanda beberapa tempat di Tawau dan Sandakan manakala tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak pula hujan dijangka melanda di beberapa tempat di Kapit, Bintulu dan Miri, manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Limbang,” katanya.

METMalaysia berkata, di sebelah petang pula, ribut petir dijangka di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sabah pula katanya, ribut petir dijangka melanda di beberapa tempat di Pedalaman manakala hujan di beberapa tempat di Pantai Barat, Tawau, Sandaan dan Kudat, selain tiada hujan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, ribut petir di beberapa tempat di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah,” katanya.

METMalaysia berkata, pada sebelah malam pula, ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Katanya, hujan pula dijanga melanda beberapa tempat di Perak dan Negeri Sembilan, manakala tiada hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor.

“Di Sabah hujang dijangka berlaku di beberapa tempat di Pedalama, Pantai Barat, dan Wilayah Persekutuan Labuan dan tiada hujan di Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak pula hujan dijangka di beberapa tempat di Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini